Kesimpulan

Minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu disemai sejak kecil dan sentiasa dipupuk secara berterusan. Orang dewasa memainkan peranan yang sangat besar dalam
menentukan tabiat yang baik ini menjadi sebati dengan kanak-kanak. Kesediaan orang
dewasa menghabiskan masa yang berkualiti dengan kanak-kanak akan membantu mereka mengenal potensi diri sendiri. Selain itu orang dewasa juga perlu membantu kanak-kanak memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan usia dan minat mereka.
Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, biasanya kanak-kanak akan membesar dan
menjadi individu yang gemar membaca dan meneroka ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment